Saturday, December 24, 2011

Ekonomi Malaysia tidak terjejas dengan percetakan dan pengeluaran wang kertas dan duit syiling baru.

Wah...nampaknya kita bakal guna duit baru lah yer...
Klo x silap akan dikeluarkn julai 2012...
Tp xde kesan pada ekonomi negara ke kalau cetak duit baru?

Klo ikut kata lecturer aku time study ekonomi dulu...ade kesan buruk nye...
Bawah ni ade petikan dari paper yg aku copy...explain pasal isu ni...

       "Lip Eng meminta kementerian berkenaan menyatakan rasional    pengeluaran siri baru bagi kedua-dua mata wang tersebut, termasuk kos yang diperlukan bagi proses pengeluarannya.
       Siang Chai berkata, BNM dijangka menjimatkan kos pengeluaran duit syiling sehingga 49 peratus setahun bagi pengeluaran duit syiling siri ketiga itu.
Ini kerana, katanya, BNM menggunakan logam asas yang dipilih berdasarkan teknologi penempaan dan spesifikasi teknikal lebih baik daripada siri-siri duit syiling terdahulu.
       Menjawab soalan Azan Ismail (PKR-Indera Mahkota) mengenai kesan ekonomi akibat keputusan Amerika Syarikat (AS) mengehadkan kadar syiling hutang negara mereka, beliau berkata, langkah itu tidak memberi kesan kepada Malaysia.
       Ini kerana, Malaysia tidak bergantung kepada AS sebagai pasaran eksport semata-mata dan telah meningkatkan perdagangan dua hala dengan negara di Asia Tenggara.
       Katanya, asas-asas ekonomi yang kukuh seiring dengan dasar pengurusan makroekonomi yang pragmatik serta pelaksanaan Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan program di bawah Bajet 2012 turut menyokong peningkatan pertumbuhan ekonomi negeri." -utusan malaysia

Aku pn x sure...but aku still rse Hutang malaysia akan bertambah dgn pengeluaran wang baru nih...hehehe... 
by da way...ade pic duit bari kt sini korang bole ushar... 


Haa...ni la rupa duit kertas baru...ade note RM20 plak skang...kuning lagi u...hehe



Yg ni plak duit syiling baru...20sen n 50sen mcm emas jer...



P/s: Raya thn dpn x men duit merah laa...mau duit kuning plak...hehehe...^_^

No comments:

Post a Comment