Saturday, January 14, 2012

Dugaan tahun 2012

Belum terlewat andainya aku ingin mengucapkan selamat tahun baru kepada semua...
Semoga anda semua dirahmati dan diberkatiNYA...

Bermula tahun baru dlm hidupku...
Jika sekitar hujung tahun lepas aku telah bergelar isteri kepada seorang lelaki yang ku cintai, bermula tahun ini awal-awal lagi dugaan telah datang mengujiku...namun, ku bersyukur...kerana aku di antara insan yang terpilih untuk di ujiNYA.
Dugaan dan ujian bukan punca aku lalai dan menyalahkan takdirNYA. Aku redha dan menerima segala ketentuanNYA yang telah mengatur perjalanan hidupku.

Kerana takdirNYA juga aku bertemu insan yang kini telah bergelar suamiku. Kerana takdirNYA juga aku adalah aku yang kamu lihat dan kenal sekarang.
Kerana takdirNYA jugalah aku memiliki segala apa yang aku miliki kini, aku punyai IbuBApa yang sangat penyayang, suami yang menyintaiku, abang dan adik-adik yang saling sayang menyayangi, mertua yang ku kasihi serta ipar duai yang sentiasa mesra. Aku bersyukur, Alhamdulillah.


Jadi aku tidak berhak menyalahkan takdir andaikata aku diduga dan diuji olehNYA. Aku redha dan melaluinya dengan penuh kesabaran. Sesungguhnya aku yakin ada hikmah disebalik setiap apa yang berlaku, Insyaallah.